Tanah Kita, Masa Depan Kita: Sahut Citra Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 Dengan Aktiviti Kemasyarakatan

24 June 2024

- YTL Cement bekerjasama dengan Global Environmental Centre (GEC) dan komuniti KRT Taman Chemor Idaman untuk melestarikan kawasan kejiranan Taman Chemor Idaman
- Program yang dianjurkan oleh YTL Cement bersama usaha kolaboratif ini turut merangkumi gotong-royong membersihkan sampah, kitar semula barangan dan sisa domestik, menanam pokok dan menghias fasiliti awam komuniti Taman Chemor Idaman.

IMG_9542.JPG

CHEMOR, 22 Jun 2024 – BUILDS, bahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) YTL Cement, yang merupakan kumpulan pembekal bahan binaan terbesar di Malaysia bersama Global Environmental Centre (GEC), menganjurkan inisiatif kelestarian alam sekitar dengan menjayakan Program Kutip Sambil Riadah (KUDAH) bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 di Kebun Komuniti Taman Chemor Idaman, Perak. Program ini adalah usaha kolaboratif antara YTL Cement, GEC, dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Chemor Idaman serta disokong oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan yang lain termasuk Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kinta, Majlis Perbandaran Ipoh dan Jabatan Pengairan dan Saliran Perak.

Bertemakan ‘Tanah Kita, Masa Depan Kita’, tiga aspek global yang menjadi fokus utama Hari Alam Sekitar 2024 iaitu pemulihan tanah, penggurunan (desertifikasi) dan ketahanan kemarau dizahirkan oleh YTL Cement dan rakan kolaborasi program ini. Aktiviti utama pada hari ini ialah pelancaran Alamat Sungai KRT Taman Chemor Idaman. Ini merupakan usaha untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam menjaga sungai untuk jangka masa panjang. Selain itu, aktiviti yang menjadi sorotan adalah gotong-royong membersihkan sampah, kitar semula barangan dan sisa domestik, aktiviti menanam pokok serta menghias fasiliti awam komuniti Taman Chemor Idaman.

Return to Media Hub

|

Search More Articles

About Us

YTL Cement is Malaysia’s pioneer and largest building materials group. With a network of cement plants, terminals, ready-mixed concrete batching facilities, drymix operations, and aggregate quarries, YTL Cement is recognised as a partner in nation building. Over its 70-year legacy, the Group has contributed to the construction of residential, commercial, and infrastructural projects throughout Malaysia, including the Petronas Twin Towers, Merdeka 118, SMART Tunnel, and the nation’s iconic airports and bridges.

Extending its presence beyond domestic borders, YTL Cement now has operations in Southeast Asia, meeting the building material needs of neighbouring nations.

Recently, the Group launched its ECO Product Range, providing a diverse selection of low-carbon alternatives to conventional offerings. This eco-friendly range includes ECOCem, a selection of low-carbon cements; ECO Concrete, offering concrete with significantly reduced embodied carbon; ECOSand, a perfect substitute for natural sand; and ECODrymix, an eco-friendly pre-mix range. This initiative is part of its commitment to support the industry’s transition to sustainable construction.

Copyright © 2024 YTL Cement Berhad [197701000339(31384-K)] | All rights reserved.

Redress your complaints at

Aduan