chatbot

YTL Cement dan Jabatan Alam Sekitar Anjur Program Kudah Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022

Rectangle 308.jpg

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2022 – YTL Cement bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (Kudah) sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Chongkak Park & Resort, Hulu Langat, Selangor.

Program Kudah ini dianjurkan menerusi program tanggungjawab sosial korporat YTL Cement, iaitu BUILDS, dan inisiatif Rakan Alam Sekitar oleh JAS. Seramai 60 sukarelawan telah menjayakan aktiviti membersih dan memulih keindahan Sungai Chongkak dan berjaya mengumpul lebih dari 200kg sampah dan bahan kitar semula. Program ini turut dihadiri oleh wakil daripada Tourism Selangor.

Berikutan fenomena banjir pada bulan Disember yang lalu, kawasan Chongkak Park & Resort telah mengalami kemusnahan akibat limpahan air Sungai Chongkak. Setelah ditutup untuk kerja-kerja pemulihan, taman tersebut kini dibuka semula pada awal bulan Jun untuk kunjungan orang ramai.

“Kami berterima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar kerana memberi peluang kepada YTL Cement dan BUILDS untuk bekerjasama dengan Rakan Alam Sekitar dalam menjayakan aktiviti pada hari ini. Kami berharap program pada hari ini dapat membantu pemuliharaan Chongkak Park & Resort dan mencantikkan lagi kawasan riadah yang begitu indah dan nyaman ini kepada orang awam,” kata Pn. Ong Ping Ping, Pengarah Komunikasi YTL Cement.

“Program ini berkesan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan warga industri dalam mengekalkan keindahan persekitaran serta memanfaatkan usaha memelihara alam sekitar selaras dengan slogan – Pemuliharaan Alam Sekitar adalah Tanggung Jawab Bersama. Kami berterima kasih atas usaha YTL Cement dalam menjalankan program Kudah yang bermanfaat ini,” kata Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial YTL Cement Group di

Facebook

,

LinkedIn

dan

Instagram

serta media sosial YTL Cement BUILDS di

Instagram

.

Back to media

About Us

We are YTL Cement – the oldest and largest homegrown cement company in Malaysia. For 70 years, our passion for building better has contributed to the construction of homes, buildings, and infrastructure across Asia – making us a leading building materials group in the region.

Our legacy in nation building has equipped us with the knowledge and expertise to develop innovative solutions and champion efforts in advancing nations towards sustainable development.

We are present in four countries: Malaysia, Singapore, Vietnam, and Myanmar. Our network of operations consists of cement plants, ready-mixed concrete batching plants, drymix operations and aggregate quarries. Through our subsidiaries, we offer world-class quality products and end-to-end solutions to customers from across the region.

YTL Cement – Building Together.

Copyright © 2022 YTL Cement Berhad | All rights reserved.

Redress your complaints at

Aduan